BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 16 September 2009

Hujan

Guruh berdentum di langit, bagaikan hendak membelah bumi. Sementara ini, angin kencang mula bertiup, cahaya kilat menerangi langit yang gelap. Burung berterbang balik ke sarung, binatang-binatang turut bersembunyi seolah-olah mengetahui rebut akan melanda ke bumi.

Tidak lama kemudian, hujan lebat turun melanda bumi. Kedinginan udara telah menyejukkan badan aku. Aku meletakkan pen dan mendogak ke langit yang segelap dakwat. “Ah, adakah hatiku sekacau-bilau dengan perasaan Tuhan?” bisik dalam hatiku.

Sejak belajar di tingkatan empat, banyak cabaran telah menggelisahkan kehidupanku. Kehilangan sikap hedonistik telah menjayakan aku lebih matang, fikiran berpositif…… Namun, tiba-tiba “dia” telah menceroboh masuk dalam hatiku. Adakah ini berita baik untuk memberitahu aku telah dewasa? Atau memberitahu bahawa ini semua muslihat Tuhan?

Lihat kawan-kawanku di sekolah, lebih separuh daripada mereka mempunyai teman lelaki atau perempuan. Wajar mereka memberitahuku, mereka sangat bahagia dan tiada beban yang khas. Seolah-olah berada di syurga. Namun hatiku seolah-olah dilanda rebut. Aku beriri hati dan bertanya sendiri apakata aku pun berjuang mencari teman?

Rohku membatal fikiranku. Emak kata perananku ialah belajar dan jangan usik dalam dunia percintaan. Hanya prestasi akademik yang baik boleh mengubah masa depanku. Tambahpula aku merupakan anak sulung, aku juga perlu memikul beban untuk menjaga keharmonian keluarga……

Ribut sudah berhenti. Bumi mendapat semula ketenangan. Cahaya menyinari tumbuh-tumbuhan. Burung menyanyi dan menari dalam atmosfera yang segar. Sedangkala ini, kelopak mataku tenat sekali dan mula mengantuk. Dunia mimpiku sedang tungguku……